Memilih Calon Isteri
Untuk memilih calon isteri terdapat beberapa panduan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.
- Wanita yang dipilih itu mestilah diselidiki asal-usulnya. Ini kerana akhlak wanita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh lingkungan tempat dia dibesarkan dan diasuh. Itulah sebabnya disunatkan memilih wanita yang dibesar dalam lingkungan agama kerana sedikit sebanyak akan mengalir akhlak yang baik dalam dirinya.
- Jangan hanya terpikat dengan kecantikan, harta dan pangkat serta keturunan semata-mata kerana wanita yang begini sekiranya tidak dipupuk dengan pembinaan agama dan keturunan yang baik akan menimbulkan masalah di kemudian hari. “ Janganlah kalian mengahwini wanita kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu bias mencelakakannya. Dan jangan kamu mengahwini wanita kerana hartanya kerana harta itu bolh menyombongkannya. Akan tetapi kahwinilah wanita kerana agamanya, sesungguhnya seorang hamba sahaya yang hitam warna kulitnya dn cuping telinganya besar tetapi beragama,itu lebih utama.” (Riwayat Ibnu Majah, Baihaqi).
- Sabda Rasulullah s.a.w.
Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana cantiknya dan kerana agamanya. Maka nikahlah dengan wanita yang beragama nescaya engkau beruntung.” (Riwayat Bukhari, Muslim dn Abu Daud).
Syarat yang paling penting dalam memilih isteri ialah beragama. Dengan kata lain yang beriman dan mengamalkan syariat Islam. Setelah ada syarat itu barulah difikirkan yang lain-lain. Wanita yang beriman, walaupun dia kaya atau cantik nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya.
- Pilih wanita yang boleh melahirkan zuriat serta penyayang. Untuk mencari wanita yang boleh melahirkan zuriat boleh dilihat pada keturunan ibunya.
- Pilihlah perempuan dari keluarga yang jauh agar dapat menambahkan kemesraan, kebahagiaan keluarga, kekuatan keturunan dan kecerdasan anak-anak. Rasulullah bersabda “Jangan kau kahwini dengan keluarga yang dekat kerana anak-anaknya akan lahir lemah (lembab akal dan fizikalnya)
- Dalam memilih wanita, utamakan gadis. Islam menganjurkan supaya orang lelaki dalam memilih calon mengutamakan gadis daripada janda. Dalam hal ini, Rasulullah menjelaskan hikmah mengutamakan gadis berbanding janda dalam hadis: “ Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan kerana sesungguhnya mereka itu lemah-lembut kata-katanya, boleh melahirkan anak yang banyak, kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang sedikit (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
Posted In: Uncategorized




Comments